30 Ogos 2013, Unit Pemulihan Penjara Pusat Kota Kinabalu telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni yang diadakan di Mess Cemerlang bermula pada jam 09.30 pagi melibatkan 24 orang penghuni. Majlis ini dihadiri oleh TPP Jomison Gondikit, selaku Ketua Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu. Objekitf program ini adalah meningkatkan kesedaran penghuni terhadap kepentingan hubungan kekeluargaan dan mengeratkan lagi kasih sayang di antara penghuni dan keluarga.
""